Wednesday, August 4, 2010

Tempat untuk jual barangan kita

Sebenarnya kita ada banyak tempat nak jual produk yang kita hasilkan dengan teknologi makanan ini. Namun kita kekadang kurang memberi perhatian ataupun kekadang kita rasa malu atau segan. Ini saya senaraikan tempat yang boleh kita jual produk makanan yang kita hasilkan berdasarkan teknologi makanan.

  1. Jiran tetangga.
  2. Kawasan perumahan tempat kita tinggal.
  3. Di pejabat
  4. Kantin sekolah
  5. Letak di kedai makan
  6. Kedai Petrol Station
  7. Kedai runcit dekat rumah kita
  8. Pasar malam
  9. Pasar Tani ( Tanya pegawai FAMA di pejabat FAMA yang berdekatan)
  10. Agrobazaar milik FAMA ( USJ 1 Mydin, Jejantas Ayer Keroh, Ulubernam)
  11. Pada ekspo dan karnival
  12. Pada majlis kenduri kawin
  13. Dekat Masjid pada hari Jumaat ( waktu solat jumaat berhenti ye..)
  14. Melalui internet
  15. Melalui agen (kawan - kawan )
  16. Hypermarket dan serupa market
  17. Pasar Basah
  18. Jaja keliling kampung
  19. Depan sekolah
  20. Kat parti harijadi anak kita...(buat promosi..kut ade yang sangkut)
Saya rasa setakat ini dahulu dan pemasaran ini kita kena kreatif dan ikut kehendak pasaran, sama ada dari segi harga (jangkaan yang mampu dibeli pengguna), kesesuai tempat dan sasaran pasaran.

IDEA PERNIAGAAN YANG BOLEH ANDA JALANKAN DI RUMAH

Anda suri rumah yg ingin menmbahkan pendapatan keluarga?Atau  ingin berjinak2 dlm perniagaan tp tidak mempunyai modal yg tinggi..jom kita bersama rumahpusaka,,bersama idea2 yang bernas untuk kita sama jana pendapatan melalui perniagaan dr rumah

Produk yang boleh di buat di rumah tetapi dpt menjana pendapatan anda:

1.Produk yang mudah dibuat sendiri adalah sos cili. Sos cili boleh kita buat daripada lada kering dirumah. Lada kering dibersihkan dan direndam dalam air hingga lembut. Cili kering kemudian dikisar halus dengan mesin pengisar. Cili kering yang telah dikisar kemudian dimasak dan gula, cuka serta sedikit garam ditambah. Masak sehingga mendidik kemudian dibotolkan.Jika anda inginkan sos cili bawang putih, tumbuk bawang putih dan dimasukkan semasa memasak cili kisar.

Tambahkan air lebih sedikit jika anda ingin buat sos pencicah dan tambah bijan yang telah digoreng dan masak hingga dimendidih dan botolkan


 2.Homemade Coklat

Membuat Coklat merupakan suatu kemahiran dan juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jika kita ingin membuat coklat untuk dijual kepada pengguna, maka faktor kos pembuatan coklat perlu dibuat dengan teliti.

Kos utama yang terlibat dalam membuat coklat ini merangkumi kos bahan mentah seperti coklat, inti coklat, kos pembungkusan coklat, kos buruh, kos penghantaran serta upah ataupun nilai keuntungan dalam membuat coklat ini.

Bagi pengguna, rasa yang sedap, bentuk yang cantik serta jika coklat itu mudah didapati dan mempunyai bentuk yang unik, faktor kos yang tidak menjadi masaalah untuk pengemar coklat membelinya.

Membuat coklat ini secara homemade serta menjualnya melalui internet merupakan suatu fenomena baru dinegara kita. Membuat coklat dirumah ini dapat menjimat ataupun mengurangkan kos dalam menghasilkan coklat kerana kita tidak perlu menyewa kedai yang mahal serta kos pengurusan yang tinggi.
Namun begitu, seperti dalam menuntut ilmu - ilmu lain, untuk kita mahir dalam membuat coklat ini, sudah pasti kita perlu belajar secara berguru cara membuat coklat ini. Jika tidak coklat yang kita ingin buat itu sudah pasti tidak akan menjadi dengan baik.

3.Berniaga melalui internet

Berniaga melalui internet juga dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditampung bagi memasarkan sesuatu produk. Diberi contoh. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk mengisi minyak bagi setiap perjalanan anda bagi memasarkan produk. Sekiranya produk anda dipasarkan diinternet, tidak mustahil produk anda itu boleh popular di seluruh dunia. Ingati bahawa internet boleh diakses oleh seluruh penduduk di dunia. Perniagaan internet ini juga memerlukan kekuatan seperti perniagaan-perniagaan tradisional lain. Tiada perniagaan tanpa risiko. Jadi anda perlu berani menanggung sebarang risiko yang berkemungkinan berlaku selain faktor sambungan internet kurang memuaskan.
Jadi, untuk memperoleh pendapatan internet sekurang-kurangnya anda perlu memiliki blog sendiri. Tidak mudah. Kini terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma. Blog yang dibangunkan itu pula mesti mempunyai ramai pelawat. Jika tidak peluang untuk anda menjana pendapatan melalui internet adalah sukar. Kita boleh beranggapan bahawa pelawat itu adalah pelanggan kita. Tanpa pelawat bermakna kita tiada pelanggan. Jika tiada pelanggan maka perniagaan tidak berjalan. Benar bukan?
Seperti yang sedia maklum, internet adalah satu jaringan yang sangat luas. Jadi, anda pelu menjadikan ‘link’ pada blog anda begitu mantap. Link yang mantap merupakan link yang mempunyai kaitan dengan blog anda. Link juga mampu meningkatkan ranking dalam enjin carian. Salah satu cara untuk mendapatkan ranking yang tinggi adalah dengan mengumpul link ke blog anda daripada blog-blog yang bagus dengan pautan link yang bagus dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak link yang berkualiti, ranking blog anda dalam enjin carian berkaitan link yang mantap akan semakin meningkat dan dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada enjin carian.
Kaedah seterusnya bagi mendapatkan lebih ramai pengunjung adalah dengan meletakkan tajuk yang paling mantap bagi menarik pengunjung ke blog anda.
Anda boleh cipta blog anda sendiri tanpa mengeluarkan kos pun,,contoh blog percuma spt blogspot,wordpress,nuffnang dn byk lagi..kemudian blh editkan layout anda supaya lbh cantik,,perlbagai barang blh di jual melalui blog spt tudung,keronsang,,jk anda pandai menjahit,,jual la produk and melalui internet,,mmg berbaloi baloi

4.Jualan kuih muih

Tuesday, August 3, 2010

SIHIR

Takrif Dan Pengertian Sihir:
 
Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya."
 
Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.
 
Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'
 
Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:
 
Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.
 
Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.
 
Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.
 
Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.
 
Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.
 
Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."
 
Jenis-jenis Sihir:
 
1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
 
2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
 
3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
 
4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
 
5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.