Thursday, September 30, 2010

Perkhidmatan untuk ibu2 lepas bersalin

Assalamualaikum,
Kepada yang memerlukan khidmat  penjagaan  selepas bersalin(confinement lady) khususnya sekitar Kota Bharu & sekitar kawasan Cheras boleh menghubungi saya seperti yang tertera di bawah. Perkhidmatan yang di sediakan adalah seperti berikut:
i)   urutan selepas bersalin (3 hari)
ii)  bertungku
iii) bertangas/sauna
iv) menyediakan air mandian dari daun-daun herba
v)  memandikan bayi
vi)  menyediakan makanan untuk ibu dalam masa berpantang(jika perlu)
vii) memakaikan bengkung,param dan pilis

Perkhidmatan ini adalah dari rumah ke rumah. Pelanggan boleh memilih pakej mengikut kemampuan(budget). Pakej terdiri dari:
 Pakej Mutiara Manja (7 hari rawatan)      
 Pakej Mutiara Sayang (14 hari rawatan)
 Pakej Mutiara Cinta (20 hari rawatan)     
Pakej Mutiara Anggun (44 hari rawatan)  

Sila hubungi untuk keterangan lanjut di talian:

012-9639936 (Mak Engku Lina)

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin

Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.

Urut-mengurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.

Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.

Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.

Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.

Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Perkidmatan Urutan khas untuk wanita sahaja



RAWATAN URUT TRADISIONAL MELAYU


UNTUK WANITA SAHAJA


Urutan tradisional sememangnya telah menjadi amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama bagi mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Rawatan urut tradisonal bukan sahaja penting untuk wanita lepas bersalin, tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas seharian penat berkerja....


OUTCALL TREATMENTS!
Saya akan ke lokasi anda… rumah atau pun pejabat!!

Tuesday, September 28, 2010

Terapi bekam lintah

JIKA fungsi refleksologi adalah bagi mengenal pasti bahagian organ badan yang bermasalah, mengimbangkan hormon dan kelenjar yang kurang atau terlebih aktif, bekam lintah pula bertujuan menyahkan darah kotor.
Lintah digunakan sebagai medium bagi menarik keluar darah kotor dari tubuh.
Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin, yang berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.
Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.
Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah.
Dari sudut perubatan pula, lintah daripada spesies Hirudo Medicianalis. banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain, sakit kepala dan sebagainya.
Sebagai rumusan, kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan mempunyai kelebihan bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit atau masalah dalaman.
Bekam lintah merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.